KILANG perabot, rumah di Kampung Mogonibung Starland yang terbakar, semalam.
Oleh Ardyhansah Amat

Penampang: Seorang pemilik kilang perabot bersama anak lelakinya ditemui rentung selepas dipercayai terperangkap dalam asap tebal apabila gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan kilang dan rumah di Kampung Mogonibung Starland di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi itu, mangsa, Yeon Chee Hwa, 63, dikatakan tinggal di rumah berkenaan bersama isteri dan tiga anak lelakinya termasuk seorang orang kurang upaya (OKU), Yeon Min Kok, 34, yang turut rentung.

Mayat Yeon ditemui dalam bilik air di tingkat atas rumah itu pada jam 8.50 pagi manakala mayat anaknya ditemui setengah jam kemudian di tingkat bawah.

Menurut saksi, Mohd Nasir Jamli, 22, dia menyedari kebakaran itu jam 3.30 pagi apabila terdengar letupan kuat.

“Pada mulanya, saya mengesyaki rumah kami dimasuki pencuri lalu memberanikan diri memeriksa ruang tamu dan dapur.

“Bagaimanapun, saya menyedari cahaya terang dari tingkap sebelum mendapati kilang di belakang rumah terbakar,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Mac 2015 @ 9:17 AM