RANGKA motosikal yang dijumpai di dalam rumah suspek di Kampung Kurnia, Batu 3 Jalan Gambang.

Kuantan: Tindakan dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun menyimpan motosikal curi dalam bilik bagi mengelak kegiatan itu terbongkar gagal apabila rumah berkenaan diserbu dalam operasi khas di Kampung Kurnia, Batu 3 Jalan Gambang-Kuantan dekat sini, kelmarin.

Serbuan kira-kira jam 5 petang itu dilakukan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (BPJKK), Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan diketuai Deputi Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin selepas membuat pemantauan di rumah berkenaan sejak seminggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kedua-dua suspek masing-masing berusia 16 dan 23 tahun ditahan selepas polis curiga dengan tindakan mereka menyimpan motosikal dalam bilik di rumah berkenaan.

“Hasil risikan dan maklumat daripada orang awam, polis menyerbu rumah itu sebelum menemui dua motosikal dan enjin kenderaan itu yang disorok dalam bilik bagi mengelak kegiatan itu dikesan pihak berkuasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 April 2015 @ 9:08 AM