ANGGOTA bomba memeriksa keretakan didnding bangunan rumah pangsa selepas letupan.
DINDING dan siling runtuh akibat impak letupan tong gas.
Oleh Rabi ‘Atul ‘Adawiyah Ismail

Sibu: “Penduduk dikejutkan dengan bunyi letupan disusuli gegaran yang kuat. Apabila saya melihat dari tingkap bilik, dinding rumah di Blok E sudah runtuh,” kata saksi, Alice Lee, 40, ketika menceritakan detik cemas kejadian letupan dan runtuhan struktur bangunan di rumah pangsa Teres Garden, Jalan Sibu Jaya, di sini, semalam.

Kejadian jam 2.30 pagi itu menyebabkan 11 penghuni cedera termasuk seorang daripadanya melecur 52 peratus dipercayai akibat terkena percikan api daripada letupan tong gas yang bocor di sebuah rumah yang dijadikan kedai runcit di tingkat bawah rumah pangsa berkenaan.

Letupan kuat itu turut menyebabkan dinding dan siling rumah di tingkat satu dan dua rumah pangsa terbabit runtuh selain tingkap di beberapa rumah lain pecah serta berlaku kerosakan lain.

Alice berkata, ketika kejadian semua penghuni sedang tidur dan terjaga sebaik terdengar bunyi letupan kuat itu.

Menurutnya, penghuni yang tinggal berhampiran kawasan kejadian segera keluar untuk membuat pemeriksaaan dan menghulurkan pertolongan kepada mangsa.

“Kami menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan pertolongan dan beberapa penduduk bekerjasama menghantar penghuni rumah yang cedera ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2015 @ 5:24 AM