NUR Amirah memangku Muhd Aril Zafran yang mengalami penyakit hati kronik.
NUR Amirah memangku Muhd Aril Zafran yang mengalami penyakit hati kronik.
Oleh Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Proses pemindahan hati adik Muhd Aril Zafran, bayi berusia sembilan bulan, yang mengalami penyakit hati kronik [Biliary Atresia’ di sebuah hospital di Shanghai, China, terpaksa ditangguhkan bagi menunggu penderma hati yang baru berikutan keadaan penderma yang juga bapa bayi berkenaan didapati mengidap ketumbuhan dalam usus.

Ibu bayi terbabit, Nur Amirah Syazwani Pandi, 22, berkata, suaminya, Jamilulehsan Mohd Taridi, 28, tidak boleh menjadi penderma kerana menghidap ketumbuhan dalam usus yang dikesan ketika prosedur pemindahan hati ingin dilakukan pada jam 8 pagi Khamis lalu.

Katanya, berikutan itu, dia terpaksa menunggu selama dua minggu lagi bagi membolehkan penderma hati yang lain menjadi penderma kepada Aril.

“Proses pembedahan pemindahan hati tidak dapat dilakukan dan Ehsan (ayah Aril) tidak lagi dapat menjadi penderma hati kepada Aril.

“Bagaimanapun, bapa saudara Aril yang juga adik kepada Ehsan bersetuju menjadi penderma dan dia dijangka tiba dari Kuala Lumpur dalam dua minggu lagi bagi membolehkan semua urusan dokumentasi disiapkan terlebih dulu,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 April 2015 @ 10:18 AM