BAPA mangsa, Harikah Ahmad (tengah) menyiram air di pusara Nurul Hidayatul.
BAPA mangsa, Harikah Ahmad (tengah) menyiram air di pusara Nurul Hidayatul.
Oleh Muhaamad Hafis Nawawi


Padang Terap: “Saya tidak sangka niat baik dua cucu perempuan mahu keluar untuk membeli burger buat isteri yang teringin memakannya berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas motosikal dinaiki terbabit dalam kemalangan.”

Begitu kata Wan Mustappa Wan Ali, 68, datuk kepada Nurul Hidayatul Nazifa Harikah, 18, yang meninggal dunia apabila motosikal dinaiki bersama adiknya, Nurul Kamalia, 17, bertembung dengan sebuah motosikal lain dalam kemalangan di Kilometer 3.3, Kampung Hijrah, Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena, Kuala Nerang, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9.30 malam, mangsa bersama adiknya menaiki motosikal Modenas Kriss dari rumah datuk mereka di Batu 19 1/2, Kuala Nerang untuk membeli burger sebelum bertembung sebuah motosikal ditunggang seorang lelaki yang keluar dari simpang menyebabkan mereka terpelanting.

Wan Mustappa berkata, isterinya, Mahroyah Ishak, 64, pada mulanya teringin hendak memakan burger dan meminta pertolongan cucu mereka untuk membelinya pada jam 9 malam.

“Saya memberikan wang tunai RM10 kepada mereka, namun ketika itu Hidayatul menunjukkan sikap yang pelik kerana dia hanya mendiamkan diri dan enggan mengambil wang yang dihulurkan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 April 2015 @ 8:32 AM
Digital NSTP Subscribe