Oleh Mohd Fadly Samsudin

Bangi: Seorang lelaki bersama isteri barunya terpinga-pinga selepas ‘dihadiahkan’ penampar oleh bekas ibu mentua yang datang menyerang mereka.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari kelmarin, bekas mentua mangsa lelaki berusia 50-an itu datang bersama bekas isterinya di rumah mereka di Bandar Baru Bangi di sini.

Suspek dikatakan mahu mendapatkan kepastian lokasi sebenar cucunya bersekolah.

Difahamkan, sejak bercerai tahun lalu hak penjagaan cucu perempuan suspek diberikan kepada mangsa yang turut berkahwin dengan wanita lain.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, suspek dikatakan muncul dan menghalang kereta mangsa yang mahu keluar dari kawasan perumahan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 April 2015 @ 10:31 AM