X
Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: “Kalau perlu rawatan, di negara kita ada doktor pergigian. Dapat rawatan daripada doktor gigi, tak ada masalah, pendakap gigi atau apa saja yang diberi adalah diiktiraf dan diberi sokongan oleh profesional.

“Tapi kalau pilih untuk beli pendakap gigi dari pasar malam, itulah akibatnya. Jadi cadangan saya ini ialah mengenai pendidikan masyarakat. Sekarang saya diberitahu bahawa pendakap gigi dipakai untuk tujuan fesyen, jadi orang gunakannya untuk fesyen, di sini ia bermula. Pergi kepada doktor gigi, anda mesti selamat,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Katanya, sama seperti isu kanta pelekap, sebaik-baiknya rujuk kepada pakar mata terlebih dulu dan elakkan daripada membeli di pasar atau mereka yang tidak diiktiraf kerana ia mengundang pelbagai masalah kesihatan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 April 2015 @ 5:18 AM