TUANKU Syed Faizuddin (tiga dari kiri) merasmikan Wacana Gerbang Perpaduan “Mencari Titik Pertemuan Kesefahaman Antara Penganut Agama di Kangar, semalam.
TUANKU Syed Faizuddin (tiga dari kiri) merasmikan Wacana Gerbang Perpaduan “Mencari Titik Pertemuan Kesefahaman Antara Penganut Agama di Kangar, semalam.
Oleh Aizat Sharif

Kangar: Keganasan yang dilakukan MilitanNegara Islam (IS) atas nama jihad tidak wajar dikaitkan dengan agama sehingga memberi persepsi negatif dan memburukkan imej Islam di mata dunia.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, agama Islam tidak pernah bersetuju dengan keganasan dilakukan militan IS kerana tindakan kumpulan itu menggunakan nama jihad memberikan kesan negatif kerana ia bukan jihad yang sebenar, sebaliknya satu dosa besar kerana memburukkan agama.

“Apa yang dilakukan IS tidak mempunyai kaitan dengan agama kerana Islam menolak keganasan.

“Keganasan IS tidak wajar dikaitkan dengan agama kerana jika hendak dikaitkan juga, Amerika Syarikat dan British pernah mengebom jutaan manusia sejak dulu, wajarkah dikaitkan dengan Kristian. Malah, India juga menyerang ribuan rakyat Kashmir, wajarkah dikatakan itu ajaran Hindu. Oleh hal demikian, mengapa keganasan IS mahu dikaitkan dengan Islam,” titahnya ketika merasmikan Wacana Gerbang Perpaduan “Mencari Titik Pertemuan Kesefahaman Antara Penganut Agama” anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Majlis Profesor Negara (MPN) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 April 2015 @ 8:31 AM