Kemusnahan kediaman di bandar Sankhu, 15 kilometer dari bandar Kathmandu akibat gempa bumi yang melanda Nepal pada Sabtu lalu.
Kanak-kanak bermain gajet di penempatan sementara Kampung Bhaktapur, pinggir Kathamandu.
Pasukan penyelamat Korea dan pasukan polis Nepal bergabung tenaga mencari mangsa yang masih hidup di sekitar kampung Bhaktapur pinggir Kathamandu .

Hari terakhir di Everest Base Camp Everest (EBC) digemparkan dengan khabar angin Nepal akan dilanda satu lagi kejadian gempa bumi berskala besar.

Saya dan empat lagi peserta kumpulan pendaki Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terkejut sebaik menerima berita buruk itu.

Keadaan menjadi kelam kabut di EBC apabila ada sherpa (penunjuk arah) yang melarikan diri meninggalkan pasukan pendaki.

Namun, kami berlima tidak putus asa malah tidak melarikan diri seperti dilakukan kumpulan sherpa.

Kami diberi kekuatan dan motivasi luar biasa oleh sherpa yang mengikuti pasukan UTM, Jamling Bhote.

Tindakan pertama diambil sebaik menerima khabar angin itu adalah menghubungi beberapa rakan yang berada di Kuala Lumpur dan juga di Kathmandu, Nepal.

Masing - masing turut berkongsi berita sama dan hampir semua yang dihubungi menyatakan kerisauan mereka dengan keselamatan kami berlima.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 9:26 AM