ANAK Allahyarham Julie Dahlan, Nur Haslinda Zainuddin (tengah) menyiram pusara ibunya di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate.
Oleh Ridzuan Abdul Rahman


Hulu Klang: “Arwah seorang yang baik dan prihatin dengan kawan-kawan. Walaupun kami selalu bergaduh tapi ia sekejap saja kerana selepas itu arwah akan datang peluk saya untuk memujuk dan buat saya macam adik,” kata pelakon Aznah Hamid mengenai rakan baiknya, Julie Dahlan yang meninggal dunia, malam kelmarin.

Dia ditemui di pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam Klang Gate di sini, semalam, yang dihadiri kira-kira 200 orang, termasuk rakan artis. Antaranya Datuk Hattan, Ziela Jalil, Nasha Aziz, Othman Hafsham, Mubarak Majid dan Pengerusi Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk DJ Dave.

Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, meninggal dunia akibat komplikasi buah pinggang kronik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang, kira-kira jam 7.30 malam kelmarin.

Aznah berkata, dia terkejut dengan kematian Julie, namun memahami penerbit yang aktif menghasilkan filem menerusi syarikat JD Productions Sdn Bhd sekitar pertengahan 1980-an ini menghidap penyakit buah pinggang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Mei 2015 @ 9:38 AM