KELUARGA mangsa berbincang dengan Hairul (kanan).
Fardy Bungga dan Nur Lela Zulkipli

Kuala Lumpur: “Kami datang jumpa keluarga mangsa dan berbincang bagi mengelakkan salah faham. Kami juga datang untuk memberi sumbangan dalam bentuk wang kepada keluarga arwah,” kata Hairul Safuan, 25, wakil Familia Myvi Club (FMC).

Dia mengambil keputusan datang ke rumah mangsa di Taman Batu Muda, Gombak bersama dua lagi ahli kelab itu jam 5 petang, semalam.

Menurutnya, FMC sedia memberi kerjasama kepada polis dan keluarga sekiranya ada ahli kumpulan mereka bertanggungjawab dalam kemalangan maut itu.

“Tujuan kami tampil di rumah mangsa untuk membersihkan nama kelab selain memberi penjelasan kepada keluarga mangsa.

“Kami terima pelbagai ugutan termasuk mahu membelasah dan memecahkan kenderaan ahli persatuan ekoran insiden kemalangan ini,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Mei 2015 @ 10:46 AM