JARI telunjuk mangsa yang tersepit di lubang papan gelongsor di Aman Jaya.
Oleh Zuliaty Zulkiffli


Sungai Petani: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun terpaksa menahan kesakitan hampir satu jam apabila jari telunjuk kanannya tersepit pada lubang papan gelongsor di taman permainan Aman Jaya, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.50 petang itu, kanak-kanak terbabit yang bermain di taman permainan itu bersama rakan pergi ke papan gelongsor itu sebelum jari telunjuk kanannya tersepit.

Mangsa yang panik kemudian menangis apabila gagal mengeluarkan jarinya menyebabkan orang ramai kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah Nurhafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.03 malam dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani tiba di tempat kejadian pada jam 7.25 malam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Mei 2015 @ 9:33 AM