Oleh Siti Fatimah Hassan

Kuala Lumpur: “Saya harap semua pihak bersabar, apa yang pasti Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) cuba sedaya upaya untuk menjalankan prosiding membabitkan semua aspek termasuk segala isu yang dibangkitkan media sehingga menggusarkan rakyat terhadap syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB),” kata Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau memberi jaminan itu selepas prosiding pertama siasatan oleh PAC ke atas 1MDB bermula semalam di mana ia lebih tertumpu kepada kawalan kerajaan terhadap pengurusan dan pelaburan syarikat 1MDB selepas ia mula ditubuhkan pada 2009.

Prosiding berlangsung tiga jam itu dihadiri Ketua Setiausaha Perbendaharaan (MoF), Tan Sri Irwan Serigar Abdullah dan Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negara (EPU), Datuk Seri Dr Rahmat Bivi Yusoff.

Turut hadir lapan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan lima Ahli Parlimen pembangkang selain wakil tetap kementerian dalam PAC iaitu daripada MoF, EPU, Jabatan Audit Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Jabatan Akauntan Negara.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 8:05 AM