Oleh Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Gombak: Umpan kanak-kanak dengan gula-gula lolipop. Itu taktik digunakan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing yang cuba menculik kanak-kanak tadika.

Suspek yang menaiki van didakwa menjadikan kanak-kanak yang baru pulang dari kelas sebagai sasaran di sekitar kawasan Rawang, di sini.

Dalam kejadian terbaru jam 10 pagi Jumaat lalu, suspek dikatakan cuba mengumpan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Bandar Tasik Puteri, Rawang, di sini.

Sumber berkata, suspek sebelum itu dikatakan membuat tinjauan di beberapa taska berhampiran sebelum menyasarkan mangsa yang pulang ke rumah tanpa dijemput ibu bapa.

“Kanak-kanak perempuan itu dikatakan pulang berjalan kaki menuju ke rumahnya sebelum disapa salah seorang lelaki yang menaiki van.

“Suspek kemudian berpura-pura mahu memberikan mangsa gula-gula lolipop. Bagaimanapun kanak-kanak itu segera melarikan diri sebelum suspek sempat menculiknya,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Mei 2015 @ 8:16 AM