FARIS  memberi tabik hormat selepas  Mohan  (dua dari kiri) menyarungkan beret polis ketika melawatnya di PPUM.
FARIS memberi tabik hormat selepas Mohan (dua dari kiri) menyarungkan beret polis ketika melawatnya di PPUM.
Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

Kuala Lumpur: “Meskipun kini dia berada pada detik-detik terakhir hayatnya, impiannya untuk menjadi seorang pegawai polis tidak pernah dilupakan dan terima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana menunaikan impiannya,” kata Azlinda Sukerni, 39, ibu kepada Faris Danish Aqasya, kanak - kanak berusia sembilan tahun yang kini bertarung nyawa akibat penyakit kanser pundi kencing.

Faris yang juga sudah selesai menjalani rawatan kemoterapi dan kelihatan lemah, namun semangatnya berkobar-kobar selepas menerima kunjungan sepasukan polis dari Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Selangor dengan diketuai Senior Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh pada jam 3 petang semalam.

Faris yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak itu sebelum ini pernah menyuarakan cita-citanya untuk menjadi pegawai polis kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika pemimpin nombor satu PDRM itu melawat beberapa pesakit di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 27 Mei lalu, selain menyatakan niatnya untuk melawat Sunway Lagoon.

Sebaik mendengar hasrat kanak-kanak itu, Khalid mengarahkan Ketua Polis Selangor untuk merealisasikan impian Faris dan selaras itu, semalam Mohan Singh bersama 20 pegawai melawat kanak-kanak itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:18 AM