ANGGOTA unit Forensik dan PGA  tiba di kaki bukit Wang Burma tempat mayat PATI dibawa turun dan laluan terbabit ditutup kepada orang awam.
ANGGOTA unit Forensik dan PGA tiba di kaki bukit Wang Burma tempat mayat PATI dibawa turun dan laluan terbabit ditutup kepada orang awam.

Kangar: Penggalian fasa kedua tapak kubur dipercayai milik pendatang asing tanpa izin (PATI) yang ditemui di sekitar Bukit Wang Burma di Wang Kelian akan disambung semula menggunakan laluan di Thailand esok.

Ketua Polis Perlis Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, pasukan forensik polis akan mula bergerak ke Bukit Wang Burma menggunakan laluan di Ban Teluk, Thailand.

“Kita sudah mendapat kebenaran daripada Polis Diraja Thailand untuk menggunakan laluan mereka bagi membawa turun mayat,” katanya kepada Harian Metro ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, operasi itu membabitkan penggalian 91 kubur lagi berhampiran empat kem yang berada di lokasi berkenaan.

“Pada masa sekarang, pasukan forensik akan berehat terlebih dulu dan menyiapkan kelengkapan yang akan dibawa ke bukit itu, Rabu ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2015 @ 8:22 AM