Berang isterinya ingin bercerai, seorang lelaki tergamak menghentak kepala mangsa dengan topi keledar selain menumbuk dan menendang wanita terbabit di sebuah kedai gunting rambut di pekan Kuah, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 1.15 petang, mangsa, 32, bersama kakaknya yang berada di kedai terbabit didatangi suaminya berumur 30-an yang terus menghambur kata-kata kesat.

Menurut sumber, suspek turut menampar pipi mangsa beberapa kali menyebabkan berlaku pertengkaran.

“Pertengkaran itu bertukar menjadi ganas apabila lelaki itu menghentak kepala isterinya dengan topi keledar menyebabkan mangsa kesakitan.

“Tidak cukup dengan itu, dia turut menumbuk dan menendang mangsa sehingga terjatuh,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 6:39 AM