ZURAIDAH (dua dari kanan) menabur bunga di atas pusara Nur Amalina.
ZURAIDAH (dua dari kanan) menabur bunga di atas pusara Nur Amalina.
Oleh Izlaily Nurul Ain Hussein


Kulaijaya: “Saya relakan dia pergi kerana sudah tentu syurga itu buatnya,” kata Zuraidah Ismail, 46, ibu kepada Nur Amalina Syafiqa Maridan, 6, yang mengalami jangkitan kuman di otak sehingga menyebabkannya koma sejak tahun lalu.

Zuraidah berkata, anak ke-10 itu menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan pulang dari Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, kelmarin selepas membuat pemeriksaan berkala dua minggu sekali untuk menukar tiub pernafasan dan tiub makanan yang dipakainya.

“Saya reda dia dijemput Ilahi kerana sekurang-kurangnya saya diberi kesempatan menjaganya dengan penuh perhatian selama setahun 10 hari sejak dia koma 2 Jun tahun lalu,” katanya.

Ibu kepada 11 anak itu berkata, Nur Amalina sepatutnya dibawa ke hospital pada Rabu lalu, namun terpaksa ditunda kelmarin kerana suaminya, Maridan Samad, 52, yang bekerja sebagai pemandu bas pelancong tidak dapat menghantar mereka.

Kelmarin, katanya, ketika Maridan memandu kereta sejurus selesai pemeriksaan di hospital, Nur Amalina mengalami batuk yang teruk.

“Selalunya, apabila dia batuk, saya akan segera menyedut kahaknya, namun ketika dalam kereta, mesin penyedut kahak itu tidak boleh berfungsi kerana tiada sumber elektrik.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Jun 2015 @ 5:29 AM