Pengurus Jualan Hotel Summit, Abd Razak Nor Wahi (dua kanan) bersama sebahagian anak-anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa di Hotel Summit, Bukit Mertajam.
Pengurus Jualan Hotel Summit, Abd Razak Nor Wahi (dua kanan) bersama sebahagian anak-anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa di Hotel Summit, Bukit Mertajam.
Oleh Muhammad Shalaby Shahbuddin


Bukit Mertajam: “Mereka sudah tidak boleh bertutur dan memahami bahasa Mandarin selepas dibesarkan bersama kami sejak berusia tiga tahun,” kata pembantu kebajikan Rumah Kanak-Kanak Taman Bakti, Kepala Batas, Mohd Zakri Rosley mengenai dua beradik anak yatim Teoh Zue Mei, 9, dan kakaknya Teoh Zue Ruo, 11, yang hanya fasih bertutur bahasa Melayu selepas tinggal di rumah itu sejak sembilan tahun lalu.

Menurutnya, walaupun berketurunan Cina, namun Zue Mei dan Zue Ruo tidak dapat bertutur dalam bahasa Cina selepas dimasukkan ke rumah jagaan itu sejak enam tahun lalu.

“Selepas dibesarkan di rumah jagaan ini, mereka hanya mampu memahami dan masih belajar untuk bercakap dalam bahasa Melayu. Mungkin apabila bercampur dengan rakan berbangsa Melayu menyebabkan mereka lupa untuk bertutur dalam bahasa Cina,” katanya pada Majlis Berbuka Puasa anjuran Hotel Summit, Bukit Mertajam di sini.

Katanya, dua beradik itu dihantar ke rumah jagaan berkenaan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mendiang bapa mereka yang ketika itu masih hidup berusia 60-an tidak mampu menguruskan mereka akibat sakit tua.

“Disebabkan masalah keluarga, ibu mereka menghilangkan diri meninggalkan dua beradik itu dalam jagaan bapa mereka yang ketika itu sudah berkerusi roda akibat sakit tua.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Jun 2015 @ 9:26 AM
Digital NSTP Subscribe