CHE Zainun di samping Qashri Adli (kiri) serta Qashri Adam.
CHE Zainun di samping Qashri Adli (kiri) serta Qashri Adam.

Gua Musang: Tiga anak Allahyarham Yashmin Fauzi, 26, yang maut akibat dikelar di leher, empat bulan lalu antara 150 anak yatim yang menerima sumbangan sempena program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Kampung Batu Papan, di sini.

Yashmin meninggal dunia Mac lalu akibat dikelar di leher oleh penjenayah yang cuba menyamun rumahnya ketika suaminya Mohd Azrul Isahak, 30, yang juga polis bantuan keluar bertugas.

Anaknya, Ahmad Qashri Mohd Azrul, 5, Qashri Adli, 3, serta Qashri Adam, sembilan bulan akan dibawa membeli-belah kelengkapan Aidilfitri di sebuah gedung beli-belah di pekan ini.

Nenek tiga beradik itu, Che Zainun Daud, 58, berkata, sumbangan itu sangat bermakna buat tiga cucunya yang kehilangan ibu dalam usia yang masih muda.

“Perasaan bercampur baur, sedih dan terharu, semuanya ada kerana tak sangka masih ada pihak yang sudi membantu kami lebih-lebih lagi sudah empat bulan kejadian berlaku,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Jun 2015 @ 8:35 AM