FAUZIAH (tiga dari kanan) membantu murid menjawab kuiz di komputer.
FAUZIAH (tiga dari kanan) membantu murid menjawab kuiz di komputer.

Petaling Jaya: Sebanyak 12 komputer disumbangkan akhbar New Straits Times (NST) kepada Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan, Damansara Perdana, di sini, semalam.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu diketuai Pengarang Bersekutu Lifestyle NST Fauziah Ismail bersama 10 sukarelawan pelbagai kakitangan pelbagai jabatan dalam NSTP.

Sukarelawan mengajar pelajar di makmal komputer mengenai asas penggunaan komputer, selain mengadakan pertandingan mengeja Bahasa Inggeris dan menghias makmal komputer.

SK Bukit Lanjan adalah projek anak angkat NST sejak 2014 dan dua program CSR sudah dijalankan termasuk aktiviti sumbangan buku dan bahan bacaan untuk perpustakaan sekolah, mengadakan sudut NST dan klinik pendidikan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Julai 2015 @ 9:00 AM