Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah (tiga dari kiri) bersama peniaga menyerahkan memorandum kepada Norfiza (kiri).
Oleh Naqiukamil Abdullah


Klang: “Kami hanya minta permit dikeluarkan supaya dapat berniaga menjual air tin dalam tong dengan aman,” kata wakil peniaga Jalan Taiping di sini,

Shurina Mat Isa, 39, yang mengadakan perhimpunan aman bersama 60 peniaga lain di sini semalam.

Mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) yang tidak mengeluarkan permit sementara untuk jualan air dalam tong selain menyita barangan mereka.

Shurina berkata, pada tahun lalu, peniaga dapat menjalankan perniagaan tanpa gangguan kerana mempunyai permit, namun tahun ini MPK tidak mengeluarkan permit atas sebab yang tidak munasabah.

“Saya sudah berniaga selama tujuh tahun dan kami hanya berniaga sepanjang Ramadan saja menggunakan Permit Sementara Untuk Berniaga Air berharga RM75.

“Namun tahun ini permit berkenaan tidak dikeluarkan atas alasan perniagaan kami menyumbang kepada pembuangan sampah di kawasan sekitar walaupun terdapat gerai yang beroperasi menjual air di dalam plastik mendapat permit berniaga,” katanya dalam Perjumpaan Aman Wakil Peniaga Air Dalam Tong bersama MPK, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Julai 2015 @ 8:17 AM