RAYYAN kini menerima rawatan di PPUKM.
Oleh Suraya Roslan

Kuala Lumpur: Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu penderitaan perlu dilalui Rayyan Seif Rizqin Mohamad Shukor, 5, penghidap penyakit yang jarang berlaku di negara ini.

Rayyan disahkan menghidap penyakit Hemophagocytic Lymphohistiocytosis (HLH) iaitu sistem imun menjadi tidak stabil dan lebih diaktifkan.

Difahamkan, hanya tiga kes sama yang pernah dicatatkan di Malaysia sejak 1990 apabila penyakit ini mula menyerang sistem imun kemudian merosakkan tisu dan organ pesakit termasuk sum-sum tulang, hati dan otak.

Mohamad Shukor Ahmad, 37, berkata, penderitaan anak sulungnya bermula pada 1 Mei lalu apabila pada mulanya dijangkiti demam panas.

“Keadaan Rayyan menjadi lebih serius selepas demam dialami tidak sembuh sebelum pemeriksaan lanjut diambil daripada darah sum-sum tulang belakang Rayyan.

“Hasilnya doktor memaklumkan Rayyan menghidap HLH iaitu sel sistem imun mula ‘memakan’ sel lain.

“Doktor mengesahkan Rayyan memerlukan pemindahan sum-sum tulang dan keadaan tidak membantu apabila dia turut disahkan menghidap jangkitan Virus Epstein Barr (virus EB) yang menyebabkan jumlah sel darahnya terlalu tinggi,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Julai 2015 @ 6:34 AM