DR Suhaimi (tengah) bersama wakil ITC Dr Seng Bunrith (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif WHB Datin Paduka Norazlina Zakaria   selepas menandatangani MoU, semalam.
DR Suhaimi (tengah) bersama wakil ITC Dr Seng Bunrith (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif WHB Datin Paduka Norazlina Zakaria selepas menandatangani MoU, semalam.
Oleh Norashikin Leman

Shah Alam: Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjalin kerjasama dengan Worldwide Holding Berhad (WHB) dan Institut Teknologi Kemboja (ITC) bagi penyelidikan dan pembangunan teknologi serta kepakaran dalam pengurusan sisa pepejal.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa UiTM Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata, memorandum persefahaman (MoU) itu bertujuan membentangkan pembangunan dan penemuan penyelidikan dalam pengurusan sisa pepejal.

“Melalui perjanjian ini, ia secara tidak langsung membolehkan Malaysia dan Kemboja menjalin kerjasama melalui institusi pendidikan dan industri melalui pertukaran pelajar serta staf akademik dalam usaha meningkatkan penyelidikan pengurusan sisa pepejal.

“Menerusi usaha sama Fakulti Kejuruteraan Sivil (FCE) UiTM, penyelidikan bersama ITC diharap dapat membangunkan alternatif terbaik dalam menguruskan sistem pepejal di Kemboja,” katanya yang mewakili Naib Canselor UiTM Tan Sri Dr Sahol Hamid Abu Bakar dalam Majlis MoU antara UiTM, WHB dan ITC di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Julai 2015 @ 8:04 AM