NAJIB menyampaikan duit raya kepada hadirin majlis rumah terbuka.
Oleh Alias Abd Rani dan Mohd Helmi Irwandi Mohd Nor

Rembau: Rakyat di negara ini diminta lebih berhati-hati ketika mengendalikan media sosial bagi mengelak berlakunya perpecahan yang boleh menggugat keharmonian sedia ada.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, media sosial seperti Facebook dan blog perlu dikendalikan dengan baik bagi memastikan perpaduan sedia ada dapat dikekalkan.

Beliau berkata, pengaruh media sosial boleh menyebabkan suasana keharmonian bertukar menjadi kebencian dan akhirnya merosakkan perpaduan terjalin antara masyarakat berbilang kaum.

“Sebagai contoh, peristiwa di Plaza Low Yat mengingatkan kita bahawa hampir tercetus kepada suasana yang boleh menggugat keharmonian.

“Kerana jenayah, ia bertukar wajah menjadi pergaduhan dan seterusnya membangkitkan isu perkauman yang serius,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri 2015 di Dataran Rembau, di sini malam tadi.

Turut hadir, isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Belia dan Sukan merangkap Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan; Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Mas Ermieyati Samsudin serta barisan kepimpinan negeri dan pusat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 Ogos 2015 @ 5:13 AM