MOKHTAR (tiga dari kanan) menunjukkan barang rampasan.
Oleh Hadzlihady Hassan

Georgetown: Sindiket penyeludupan dadah kini semakin berani apabila anggotanya turut didakwa berjinak-jinak dengan aktiviti penyeludupan senjata api.

Ia dikesan apabila Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) yang melakukan serbuan di negeri ini dan Johor, Khamis lalu menemui enam pistol, selaras senapang serta ratusan butir peluru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan anggota sindiket pengedaran dadah kini turut menyeludup senjata api.

Beliau berkata, ketika ini, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan sumber senjata api itu diperoleh dan kegunaannya.

“Saya percaya selain aktif menyeludup dadah, anggota sindiket itu menjalankan aktiviti penyeludupan senjata api, namun kami masih mengumpul maklumat lanjut berhubung kegiatan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:13 AM