Ardian (kiri) menyerahkan dompet kepada pemiliknya.
Oleh Asmah Rusman

Kuala Lumpur: “Walaupun miskin, saya takut mengambil hak (duit) orang lain,” kata pekerja pembersihan di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), Ardian Shah Putra, 20, yang memulangkan dompet berisi wang RM700 milik seorang penumpang LRT.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, dia terjumpa dompet berisi wang itu ketika sedang menyapu sampah di Stesen LRT Cheras, di sini.

“Tidak ramai penumpang menunggu tren ketika itu. Saya sempat melihat kelibat seorang penumpang lelaki namun tidak mempedulikannya dan meneruskan tugas membersihkan kawasan stesen.

“Bagaimanapun, sebaik menoleh semula ke belakang, saya ternampak dompet dipercayai milik lelaki itu di lantai. Namun pemiliknya sudah menaiki gerabak LRT tanpa menyedari dompet itu terjatuh,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:20 AM