ZULQARNAIN didakwa atas pertuduhan menyokong perbuatan keganasan di Syria di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
ZULQARNAIN didakwa atas pertuduhan menyokong perbuatan keganasan di Syria di Mahkamah Majistret Ampang, semalam.
Oleh Sarah Zulkifli

Ampang: Seorang penceramah bebas didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan menyokong perbuatan keganasan di Syria membabitkan penggunaan senjata api untuk mengugut orang awam, tahun lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan diambil daripada Zulqarnain Ghaz Ab Ghani, 31, apabila pertuduhan dibacakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memasuki Syria bagi memberi sokongan aktiviti keganasan untuk memperjuangkan agama dan perbuatan itu dianggap boleh mengugut orang awam antara 27 April 2014 dan 28 Ogos tahun sama.

Dakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 130J(1)(b) Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 130J akta itu yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau maksimum 30 tahun atau denda.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 8:23 AM