KERETA curi dirampas polis.
Oleh Syazwan Msar


Kuantan: Tiga lelaki yang dikehendaki berhubung kes curi kenderaan diberkas polis di sebuah pusat mencuci kereta di Jalan Haji Ahmad, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, suspek berusia antara 27 hingga 37 tahun ditahan sepasukan anggota Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Kuantan dan Balai Polis Air Putih.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, ketika serbuan dijalankan, polis menahan seorang lelaki berusia 37 tahun yang berada di pondok di pusat mencuci kereta itu.

“Pemeriksaan terhadap lelaki berkenaan menemui satu tiub mengandungi serbuk putih disyaki heroin. Suspek kemudian menunjukkan sebuah kereta Proton Waja yang menggunakan nombor pendaftaran palsu disyaki kenderaan curi.

“Polis kemudian menahan dua lelaki masing-masing berusia 27 dan 32 tahun yang berada dalam premis berkenaan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:20 AM