ALI@Aziz menunjukkan ketam nipah yang ditangkap menggunakan bito di Sungai Kuantan.
Oleh Mohd Rafi Mamat
am@hmetro.com.my

Kuantan: Sejarah hitam dilanggar bot nelayan laut dalam empat tahun lalu yang hampir meragut nyawa tidak pernah mematahkan semangatnya untuk terus bergelumang aktiviti menangkap ketam nipah menggunakan bito di Sungai Kuantan bagi menampung keluarga.

“Masih segar dalam ingatan kejadian ngeri itu apabila bot nelayan terbabit secara tidak sengaja melanggar bot gentian kaca saya menyebabkan saya tercampak ke sungai ketika itu saya hanya ingat mati apabila melihat bilah kipas bot nelayan yang berputar laju dalam air.

“Untuk mengelak terkena kipas bot berkenaan, saya kuatkan tenaga dan semangat untuk menyelam jauh di bawah bot umur saya masih panjang apabila selamat daripada kejadian tidak diingini walaupun menanggung kerugian harta benda,” kata Ali@Aziz Ibrahim, 69.

Dia yang berpengalaman lebih lima tahun sebagai nelayan sungai berkata, kejadian itu menyebabkan bot gentian kacanya pecah dan tenggelam bersama enjin sangkut, namun tekong bot nelayan terbabit membayar ganti rugi dan mengaku kesilapannya.

Ali berkata, setiap hari dia turun ke Sungai Kuantan untuk mengangkat 62 bito dengan umpan ikan yang dipasang sepanjang sungai berkenaan.

Katanya, hasil diraih tidak menentu bergantung kepada rezeki dan keadaan semasa air.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Ogos 2015 @ 5:21 AM