MOHD Ridzuan bersama isteri dan anak berdiri di tengah-tengah dapur mereka yang tidak berbumbung.
MOHD Ridzuan bersama isteri dan anak berdiri di tengah-tengah dapur mereka yang tidak berbumbung.
Oleh Nor Shafinaz Sari


Melaka: Seorang suri rumah, Nor Hidayah Yusof, 26, terpaksa menggunakan payung untuk menyediakan hidangan bagi keluarganya setiap kali hujan selepas bumbung dapur kediaman mereka di Kampung Permatang Pasir, Alai di sini, diterbangkan angin dalam kejadian ribut 2 Ogos lalu.

Pada masa sama, ketika tengah hari, Nor Hidayah ada kalanya terpaksa berpanas berikutan pancaran terik cahaya matahari gara-gara dapur kediaman itu masih belum berbumbung.

Pemilik rumah, Mohd Ridzuan Abd Aziz, 26, yang juga kakitangan syarikat swasta berkata, ribut turut menyebabkan bumbung bilik tidur utama diterbangkan selain retak pada dinding.

“Sejak hari kejadian, dapur terpaksa dibiarkan tanpa bumbung kerana saya tidak mempunyai wang mencukupi untuk membaiki kerosakan yang dianggarkan mencecah RM10,000. Gaji saya pula hanya RM900.

“Saya sudah tidak tahu di mana mahu meminta bantuan, kami juga sudah tidak sanggup untuk hidup begini. Mana ada orang memasak sambil berpayung,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2015 @ 9:00 AM