X
HASNUL Hizam bersama kitab Midraj ul-Fawatih yang disusun semula untuk manfaat umat Islam.
HASNUL Hizam bersama kitab Midraj ul-Fawatih yang disusun semula untuk manfaat umat Islam.
Oleh Roslan Ibrahim


Penulisan ilmu hadis bukan suatu pekerjaan yang mudah kerana ia memerlukan pengetahuan agama yang tinggi, kesabaran dan kesungguhan untuk meneliti lain-lain kitab supaya apa yang ditulis lengkap untuk bacaan umat Islam.

Tidak hairanlah guru di Miftahul Ulum Sri Petaling, Kuala Lumpur, Hasnul Hizam Hamzah mengambil masa 10 tahun untuk menyusun semula kitab hadis Masobih al- Sunnah dan kitab Misykat al-Masobih dalam satu kitab dinamakan Midraj ul- Fawatih.

Usaha yang dilakukan Hasnul Hizam mungkin nampak remeh tapi calang-calang penulis tidak mampu melaksanakan tugasan itu tanpa iktizam dan matlamat yang satu iaitu untuk mengembangkan agama Allah dan su nah Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam.

Masobih al-Sunnah adalah sebuah kitab hadis mega dan lengkap dikarang Imam Abu Muhammad al-Hussain bin Mas’ ud al Farra al-Baghawi yang lebih dikenali dengan gelaran Muhyissunnah (orang yang menghidupkan sunah) kerana kesungguhannya mempertahankan sunah Rasulullah SAW.

Kitab Misykat al-Masobih pula disusun Waliud-din Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah al Khatib al-Umari at-Tabrizi atau lebih dikenali Khatib Tibriz.

Beliau menghuraikan kitab Masobih al-Sunnah yang memuatkan hadis berkaitan persoalan iman, ilmu, ibadah, muamalat, munakahat dan jinayat.

Kitab Midraj ul-Fawatih yang membawa maksud ‘Tangga Pembuka Ilmu’ itu membicara, mengupas dan menerangkan isi kandungan dua kitab hadis terkemuka dunia itu yang diterjemahkan ke bahasa Melayu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Ogos 2015 @ 8:22 AM