LALUAN menjadi kelam-kabut sepanjang masa.
LALUAN menjadi kelam-kabut sepanjang masa.
Oleh Iskandar Shah Mohamed

Kajang: Kelam-kabut! Itu keluhan orang ramai mengenai keadaan lalu lintas di kawasan premis perniagaan di Bandar Mahkota Cheras, dekat sini, yang kerap mengalami kesesakan akibat peningkatan jumlah trafik termasuk tindakan pengguna meletakkan kenderaan mereka di beberapa jalan di situ.

Pemandu tidak bertanggungjawab itu rata-ratanya sengaja berada di belakang kenderaan lain dalam tempoh lama sekali gus menghalang laluan hingga turut mencetuskan pergaduhan.

Golongan berkenaan menjadikan kekurangan tempat letak kereta alasan untuk melanggar peraturan, menyebabkan mereka gemar meletakkan kenderaan sesuka hati kerana malas berjalan jauh ke bank, kedai runcit atau restoran.

Tinjauan Metro Ahad mendapati keadaan jalan dua hala ‘berserabut’ hampir setiap hari walaupun bukan ketika waktu puncak atau cuti hujung minggu.

Penduduk Hafiz Hashim, 32, berkata, tabiat buruk seperti itu perlu dikikis dan fikirkan pengguna lain yang mungkin dalam situasi kecemasan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Ogos 2015 @ 5:10 AM