Tuan Idzawi (kiri) melepaskan ikan ke dalam Tasik Ampang Hilir, DBKL.

Kuala Lumpur: Lebih 1,000 peserta dijangka menyertai pertandingan memancing Jelajah Pancing Kuala Lumpur 2015/2016 sirkit ke-4 siri pertama yang akan berlangsung di Taman Tasik Ampang Hilir, di sini, Sabtu ini.

Acara anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu turut menawarkan hadiah keseluruhan RM13,000 kepada peserta.

Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan DBKL, Tuan Idzawi Raja Ismail berkata, terdapat 10 lokasi pertandingan memancing jelajah Pancing Kuala Lumpur bagi tahun 2015/2016.

Menurutnya, hadiah pertandingan kali ini dinaikkan kepada RM13,000 berbanding tahun sebelumnya RM11,000.

“Juara pertandingan ini akan membawa pulang RM5,500, naib juara bakal menerima RM2,500 manakala tempt ke ketiga bakal memperoleh RM1,500.

“Pemenang tempat keempat hingga ke-10 akan menerima RM155, pemenang tempat ke-11 hingga 20 menerima RM75, manakala pemenang tempat ke-21 hingga 50 akan menerima RM35 setiap seorang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melepaskan lebih satu tan ikan pelbagai spesies di tasik berkenaan antaranya patin, pacu dan rohu bersaiz antara tiga hingga lima kilogram.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh di laman Facebook: jorankl atau menghubungi urus setia di talian 019-384 1009, 013-305 2811, 012-2846811 dan 013-2667011,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 Ogos 2015 @ 9:14 AM