CERMIN kenderaan yang dipecahkan pencuri.
Oleh Mohd Ruzaini Zulkepli

Kota Kinabalu : Seorang ahli perniagaan tergamam apabila wang tunai RM50,000 yang diletakkan di dalam papan pemuka kenderaannya ‘lesap’ dilarikan penjenayah.

Dalam kejadian jam 2.15 petang kelmarin, mangsa berusia 47 tahun meletakkan wang itu di dalam pacuan empat roda Toyota Hilux di kawasan meletak kenderaan berhampiran bangunan Bank Simpanan Nasional (BSN) di sini.

Mangsa yang selesai melakukan urusan di bank terkejut mendapati cermin pintu hadapan kenderaannya dipecahkan penjenayah.

Mangsa panik apabila wang tunai RM50,000 yang disimpan di dalam kenderaan hilang.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:11 AM