SYED Salleh meninjau lokasi perkhemahan di Arafah.

Makkah: Persiapan semua kemudahan jemaah haji Malaysia yang disediakan pihak pengurusan Tabung Haji menjelang hari wukuf pada 9 Zulhijjah (23 September) kini dalam peringkat akhir dan lancar.

Wukuf bermula daripada tergelincir matahari (masuknya waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga terbitnya fajar waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.

Pergerakan jemaah haji Malaysia di sini juga berjalan seperti biasa walaupun pihak TH kini masih meneruskan usaha mencari dua jemaah haji yang hilang dalam kejadian kren tumbang, Jumaat lalu.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya sudah melakukan persiapan rapi Operasi Masyair termasuk tinjauan di tapak perkhemahan.

“Kita sudah membuat tinjauan ke tapak perkhemahan jemaah haji Malaysia di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

“Di Arafah kita mendapati tahap penyediaan tapak sudah selesai dari segi pembersihan dan khemah akan dipasang,” katanya di sini selepas melakukan lawatan persiapan Operasi Masyair bersama pengurusan kanan TH di sini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:46 AM