Robiah (kiri) dibantu  Hasnah membaca laporan akhbar mengenai kejadian kren tumbang.
Robiah (kiri) dibantu Hasnah membaca laporan akhbar mengenai kejadian kren tumbang.

Sik: Keluarga Abdul Habib Lahman, 68, jemaah yang hilang selepas tragedi kren runtuh di Masjidilharam, Makkah sudah bersedia dan reda menerima sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Anaknya, Hasnah Abdul Habib, 44, berkata Tabung Haji (TH) memaklumkan kepada mereka pagi semalam supaya mewakilkan seorang daripada adik-beradiknya ke Makkah bagi proses pengecaman mayat di hospital.

Menurutnya, pada masa sama, mereka turut bersyukur kerana TH akan menanggung semua kos yang diperlukan ahli keluarga mereka ke sana.

“Kami sekeluarga bersetuju menghantar adik ketiga, Fadzil, 37, ke Makkah memandangkan dia adalah anak lelaki sulung dan dijangka menaiki penerbangan pada petang ini (semalam).

“Saya difahamkan pemergian wakil keluarga adalah untuk memudahkan proses pengecaman mayat dilakukan. Jika benar berlaku kejadian tidak diingini ke atas ayah, mereka boleh melakukan ujian DNA untuk pengesahan,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 September 2015 @ 9:51 AM