Pasir Puteh: Seorang remaja nekad mempertaruhkan nyawa apabila cuba memadamkan api bagi menyelamatkan rumah keluarganya daripada terbakar dalam kejadian di Kampung Guntong, Wakaf Lanas, di sini, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan berani remaja berusia 15 tahun itu tidak berhasil apabila api marak begitu cepat menyebabkan keseluruhan rumah itu musnah dalam kejadian kira-kira jam 9.15 malam itu.

Wan Nazreen Wan Zahari, 15, berkata, sebelum kejadian, dia dan ibu Mazitah Harun, 57, sedang makan malam di dapur ‘bertemankan’ cahaya lilin selepas kampung mereka terputus bekalan elektrik, manakala ayahnya Wan Zahari Wan Mat, 64, di masjid kira-kira 500 meter dari rumah mereka untuk menunaikan solat Isyak.

Katanya, tiba-tiba ibunya terdengar bunyi letupan kecil dari arah sebuah bilik dan meminta meninjau menggunakan lampu suluh sebelum melihat api pada siling rumah.

“Saya terus bergegas keluar dan meminta ibu menyelamatkan diri sebelum saya memberanikan diri memadamkan api dengan berulang-alik ke bilik air untuk mengambil air dengan menggunakan baldi, namun api marak begitu cepat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2015 @ 5:09 AM