Puchong: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan lemah dan terperangkap di Bukit Kuchai, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.53 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Hong Peng, 54, ditemui orang awam berhampiran tangki air milik Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam keadaan penuh luka di kaki dan badan.

Susulan itu orang ramai segera menghubungi bomba sebelum sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong bergegas ke lokasi kejadian.

Jurucakap bomba berkata, seramai tujuh anggota bomba digerakkan ke lokasi bagi melakukan kerja menyelamat.

“Sebaik tiba, mangsa didapati mengalami luka bahagian betis dan paha.

“Mangsa kemudian diusung keluar dari lokasi itu sebelum dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Oktober 2015 @ 7:12 AM