Perai: “Saya hanya sempat menjerit sebaik melihat dia terjatuh,” kata pekerja yang enggan dikenali selepas rakannya tercedera akibat terjatuh ke dalam tangki berisi asid sulfurik di kilang pembuatan aluminium di Kawasan Perindustrian Prai, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga kontraktor pendawaian elektrik terjatuh ke dalam tangki berkenaan ketika melakukan kerja pemasangan kipas pengudaraan.

Dia berkata, mangsa yang membaiki kipas hilang kawalan sebelum terjatuh ke dalam tangki itu.

“Ketika menaiki tangga, dia gagal mengimbangi badannya sebelum terjatuh ke dalam tangki itu.

“Mujur ketika kejadian tangki berkenaan hanya mengandungi dua peratus asid sulfurik dan bahan kimia berkenaan selalu digunakan untuk melebur logam,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Oktober 2015 @ 7:26 AM