IKLAN yang disiarkan di Harian Metro pada Sabtu lalu.
Hanizan berpelukan dengan bapa mangsa culik, Lee tempoh hari.
Oleh Mohd Fadly Samsudin

Kuala Lumpur: “Saya masih lagi bercuti sejak dibebaskan dari lokap pada 16 Oktober lalu. Saya mahu menenangkan fikiran,” ujar pemandu teksi, Hanizan Mohamed Radzi, 42, ketika dihubungi wartawan Harian Metro, semalam.

Dia sebelum ini ditahan polis bersama tiga suspek yang terbabit dalam kes culik kanak-kanak lelaki berusia lima tahun di Sungai Chua, Kajang, pada 9 Oktober lalu.

Hanizan yang menemui dan memulangkan kanak-kanak itu kepada keluarganya bagaimanapun ditahan polis sebelum dibebaskan selepas didapati tidak bersalah.

“Sekarang saya berada di kampung untuk berehat dan mahu mengambil peluang ini untuk menenangkan fikiran yang agak terganggu sejak kejadian itu,” katanya.

Hanizan juga enggan mengulas lanjut berhubung tindakan bapa kanak-kanak mangsa culik terbabit membeli iklan di Harian Metro khusus bagi membersihkan namanya yang terjejas susulan penahanannya selama tujuh hari di lokap polis.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Oktober 2015 @ 6:28 AM