LAPORAN Metro Ahad 18 Oktober lalu.
LAPORAN Metro Ahad 18 Oktober lalu.
Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling

Putrajaya: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti aduan mengenai kemungkinan wujud anggota penguat kuasa agensi tertentu terbabit secara langsung dengan sindiket gores dan menang bagi memastikan isu penipuan ditangani.

Pengarah Bahagian Risikannya Datuk Mohd Azam Baki berkata, pihaknya sedang menyiasat wujud atau tidak pembabitan mana-mana penguat kuasa dalam isu itu terutama yang membabitkan unsur rasuah.

Katanya, SPRM menerima maklumat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa isu terbabit tidak ditangani dengan sebaiknya dan meminta siasatan lanjut dilakukan bagi memerangi sindiket yang memperdaya ratusan mangsa dengan kerugian jutaan ringgit.

“Jika ada unsur rasuah, melindungi kegiatan haram dan sebagainya, kami akan ambil tindakan menggunakan cara kami. Sekarang ini belum ada asas lagi, tapi aduan itu kita tengah teliti.

“Setiap aduan kita layan, kita nak tengok di bawah bidang kuasa mana kita boleh masuk (ambil tindakan). Sebagai contoh jika penyeludupan barang ke luar negara, jangan suruh SPRM pergi kerana itu peranan Kastam dan Unit Pencegah Penyeludupan (UPP),” katanya ketika ditemui Harian Metro

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 8:10 AM