ISMAIL (kiri) melihat kaki Suhaimi yang semakin membesar.
Oleh Amran Yahya

Kuala Pilah: Seorang pembantu veterinar di Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Gemas, di sini, menderita penyakit misteri menyebabkan kedua-dua kakinya membesar.

Penyakit dihidapi sejak bulan lalu menyebabkan Suhaimi Mohamed Said, 36, terlantar di rumahnya, di Taman Suria, Dioh dan dibantu isterinya, Norashina Amir, 36.

Menurut Norashina, pada mulanya, Suhaimi disyaki menghidap batu karang sebelum menjalani rawatan tradisional, Mei lalu.

“Selepas berubat, batu karang dikeluarkan. Bagaimanapun, selang beberapa bulan kemudian, penyakit itu berulang, namun sembuh kembali.

“Sejak itu, perut suami sering sakit dan sukar membuang air besar. Dalam keadaan begini, kami masih lagi menjalani rawatan secara tradisional tanpa merujuk ke hospital hinggalah September lalu, keadaan suami semakin kritikal dan barulah dia dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 8:42 AM