Marissa (dua dari kanan) memegang Casper sambil diperhatikan Amir Hamzah (kanan) di Kota Cemerlang dekat Ayer Keroh.
Oleh Norfaisal Jahuri


Melaka: Ibu tunggal, Marissa Koh Siew Lin, 33, merayu bantuan RM25,000 bagi membolehkan dia membeli peralatan sokongan untuk kegunaan anaknya yang menghidap cerebral palsy (CP), Casper Tan Wee Kiat, 3, berjalan.

Marissa dari Taman Angkasa Nuri, Batu Berendam di sini, memerlukan alat sokongan berkenaan bagi menguatkan tulang belakang Casper selain melancarkan pergerakan kaki kanak-kanak berkenaan.

“Casper boleh menggerakkan kaki tetapi kerap bersilang dan saya perlu membantunya untuk berdiri. Sebagai ibu, memang menjadi harapan saya untuk memiliki kedua-dua peralatan itu agar dapat melatih Casper berjalan serta menguatkan tulang belakangnya dengan lebih cepat,” katanya selepas menemui Pengarah Pusat Khidmat Barisan Nasional (PEMBELA) Amir Hamzah Abd Aziz di Ayer Keroh di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Oktober 2015 @ 8:53 AM