ANGGOTA pasukan SAR bersedia memulakan pencarian.
ANGGOTA pasukan SAR bersedia memulakan pencarian.

Kuala Kubu Bharu: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) Guru Besar Sekolah Kebangsaan Keramat, Kuala Lumpur, Jashiah Rabu, 53, semalam diteruskan dengan menggunakan alat pengesan haba badan Kamera Thermo yang mampu mengesan suhu tubuh manusia sejauh 500 meter.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam berkata, Kamera Thermo amat efektif dan diharap membantu mengesan Jashiah.

“Kami berharap ia membantu mengesan Jashiah walaupun dalam kawasan pencarian yang kebanyakannya dipenuhi belukar.

“Operasi dibahagikan kepada tiga sektor dengan kawasan pencarian meliputi pinggiran Bukit Kutu seluas dua kilometer,” katanya.

Menurut beliau, sebanyak 13 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18, Pangkalan Hulu, Perak ditambah menyertai operasi SAR.

Operasi semalam dihentikan sementara jam 5 petang dan disambung semula pada waktu malam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2015 @ 10:05 AM