MOHD Rizal mengendalikan mesin memotong logam.
MOHD Rizal menggunakan kedua-dua belah tangan untuk bergerak.
Oleh Sabaruddin Abd Ghani

Baling: Seorang saudara baru membuktikan kemampuannya mencari pendapatan sendiri dengan bekerja di bengkel besi walaupun kedua-dua kakinya cacat.

Mohd Rizal Abdullah, 34, membuktikan dia mampu mencari rezeki halal tanpa perlu menagih simpati daripada orang ramai.

Malah, dia yang cacat sejak berusia dua tahun akibat demam panas boleh melakukan kerja dengan baik seperti insan sempurna lain walaupun mengakui pergerakannya mungkin terbatas.

Dia yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan mesin dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam berkata, dia tetap bersyukur kepada Tuhan walaupun keadaan fizikalnya tidak sempurna, namun masih memiliki kelebihan dari sudut lain.

Menurutnya, dia memiliki kemahiran berkaitan mekanikal seperti membaiki mesin atau alat elektrik yang rosak, kimpalan dan pemotongan besi dengan bekerja tanpa menggunakan alat sokongan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 November 2015 @ 10:24 AM