NUR Afida (kanan) ketika menyertai Cabaran Go-Kart Koperasi Bersama Angkasa 2015.
Aksi perlumbaan Cabaran Go-Kart Koperasi Bersama Angkasa 2015 Kategori Wanita Terbuka di Go-Kart Seskyen 13 Shah Alam.
Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Na’imah Mohamed


Shah Alam: Kali pertama memegang stereng go-kart membawa tuah kepada Noraida Mat Saleh, 39, apabila memenangi tempat ketiga dalam Cabaran Go-Kart Koperasi Bersama Angkasa 2015 di Litar Go-Kart Stadium Shah Alam, semalam.

Pengurus Kewangan Koperasi Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (CIDB) itu berkata, dia mulanya hanya menyertai perlumbaan itu atas dasar suka-suka selepas diajak suami yang turut menyertai kategori lelaki.

“Sebelum pusingan kelayakan, saya gugup kerana itu kali pertama saya menaiki kenderaan kecil berkenaan. Saya bimbang jika tidak dapat mengawalnya ketika mengambil selekoh tajam.

“Bagaimanapun, sebaik saja menekan pedal minyak, keyakinan memecut muncul dan saya berjaya menghabiskan perlumbaan,” katanya.

Noraida berkata, dia langsung tidak meletakkan sebarang harapan untuk menang, namun memperoleh tempat ketiga keseluruhan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 23 November 2015 @ 8:18 AM