Baharuddin didakwa di Makamah Majistret Selayang, semalam.
Oleh Sarah Zulkifli

Kuala Lumpur: Seorang bekas penaung badan bukan kerajaan (NGO) didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam, atas 75 tuduhan memperdaya 101 mangsa berhubung skim pelaburan pelancongan dan kayu gaharu membabitkan kerugian hampir RM4 juta, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Baharuddin Mohd Yusoff, 47, yang juga pakar motivasi itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Al Baki.

Dalam prosiding itu, isteri tertuduh yang hamil tujuh bulan, Nor Hashimah Darus, 44, yang sepatutnya dituduh bersama semalam bagaimanapun tidak hadir disebabkan tekanan dan menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Selayang.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memperdaya semua mangsa untuk menyerahkan wang tunai antara RM3,800 hingga RM1,003, 800 bagi menyertai skim berkenaan yang keuntungannya tidak wujud.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat syarikat pertubuhan Kelab Kebajikan Dan Sosial Tun Teja Malaysia, 51-1 & 51-2, Jalan Bandar Rawang 16, Bandar Rawang antara Januari 2012 hingga Disember 2014.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 November 2015 @ 6:52 AM