mangsa dibawa ke hospital selepas disengat obor-obor.

Seorang murid perempuan terkena sengatan obor-obor di pantai Tanjung Aru, di sini, jam 11 pagi semalam.

Terdahulu, mangsa bersama enam rakannya berkelah di tepi pantai sebelum mandi laut.

Bagaimanapun, obor-obor menyengat kaki mangsa dan kanak-kanak itu cuba membuangnya menggunakan tangan.

Akibat bisa sengatan obor-obor, mangsa tidak dapat berdiri dan hanya terbaring sambil meronta-ronta menahan kesakitan.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kota Kinabalu Ordine Gilu mengesahkan kejadian.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 11.32 pagi tadi (semalam) dan anggota Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bergegas ke sana.

“Kami dan menggunakan cuka untuk membersihkan sisa sengatan pada kaki dan tangan mangsa sebelum membawanya ke Hospital Queen Elizabeth,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:11 AM