Anggota bomba  mengeluarkan mayat mangsa kemalangan di Jalan Batu 6, Sungai Pelek, Sepang.
Anggota bomba mengeluarkan mayat mangsa kemalangan di Jalan Batu 6, Sungai Pelek, Sepang.

Sepang: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di Jalan Batu 6, Sungai Pelek, di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, mangsa yang bekerja sebagai kontraktor Shahrizal Muhammad, 32, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Sepasukan tujuh anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sepang dikerah ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi menyelamat.

“Pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 6.47 pagi dan jentera pertama sampai ke tempat kejadian pada jam 6.54 pagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Katanya, pihak bomba mengambil masa kira-kira 35 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum mayat dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat.

Mohd Sani berkata, kemalangan hanya membabitkan sebuah kenderaan iaitu kereta Proton Saga yang dipandu mangsa.

“Siasatan awal berdasarkan kesan brek yang terdapat di atas jalan, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Pelek ke arah Bagan Lalang, Sepang,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 January 2016 @ 5:14 AM